Melaras dan menala strategi anda adalah lumrah dalam proses ini. Kami telah menguji beratus-ratus strategi dan pendekatan sebelum ini, dan kami tahu betapa pentingnya (dan menarik) untuk mencari strategi yang sesuai dengan anda.
Dan ingat, tiada strategi yang tidak boleh dilaras suai. Pasaran berubah, begitu juga dengan pendekatan anda. Gunakan budi bicara anda!
2. Cara mendapatkan idea trading di peranti anda
Membina strategi mungkin mengambil banyak masa, dan walaupun ia berjalan dengan baik, urusniaga pertama anda mungkin membawa kepada ketidakpastian. Anda mungkin bertanya kepada diri sendiri, "Bagaimana saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pasaran supaya saya boleh trade dengan lebih baik?"
Pertama, anda boleh (dan harus) mengaktifkan notifikasi dalam aplikasi FBS. Pasukan kami bekerja keras setiap hari untuk memberikan anda notifikasi push khas dengan maklumat terkini mengenai pergerakan harga dan berita penting. Ia lebih mudah daripada mencari berita dan maklumat tentang acara ekonomi serta menelaah seratus carta setiap hari. Jimatkan masa anda.

Kedua, kami ingin memperkenalkan Pembantu AI FBS — alat berkuasa tinggi yang direka untuk menjadikan pengalaman trading anda lebih lancar dan lebih bermaklumat.
Fitur ini mengautomasikan analisis teknikal, menyediakan laporan yang komprehensif tentang trend dan pola harga dalam masa beberapa saat sahaja.
Cara menggunakan Pembantu AI FBS:
Buka aplikasi FBS.
Pilih instrumen dan rangka masa anda. Untuk hasil yang optimum, kami syorkan agar anda menggunakan rangka masa (timeframe) 15 minit atau lebih besar.
Tambah sekurang-kurangnya dua indikator. Ia membantu menjana laporan yang lebih baik.

Klik icon.
Buka pesanan. Selepas menyemak analisis yang diterima, anda boleh buka pesanan berdasarkan strategi janaan AI tadi. Sila ambil perhatian bahawa AI ini hanyalah alat bantuan dan ia tidak dapat meramalkan harga dengan ketepatan 100%.
3. Bagaimana dan bila untuk mengeluarkan keuntungan anda
Ah, mengeluarkan keuntungan, saat yang manis sekali — tiada momen yang dapat menandingi pengalaman melihat keuntungan anda berubah menjadi wang sebenar. Tetapi jom kita bincangkan tentang bila anda harus membuat pengeluaran. Amaran spoiler: bukan setiap kali anda hasilkan satu dolar.
Berikut adalah beberapa tanda bahawa ia adalah masa yang tepat untuk membuat pengeluaran:
Anda telah mencapai matlamat kewangan
Jika matlamat anda adalah untuk mengubah $500 menjadi $1000 dan anda telah berjaya, tahniah! Ini mungkin masa yang sesuai untuk mencairkan sebahagian daripada wang yang diperolehi dengan susah payah itu. Menetapkan matlamat kewangan yang spesifik memudahkan anda mengetahui bila untuk menekan butang Pengeluaran.
Anda ingin melaburkan semula keuntungan ke dalam peluang baharu
Kadang-kadang mengeluarkan keuntungan anda bukan tentang membawa wang anda keluar daripada pasaran — ia tentang meletakkannya ke dalam sesuatu yang baharu. Katakan anda telah trade pasangan forex selama sekian waktu dan kini anda ingin mencuba membeli dan menyimpan emas fizikal di rumah anda. Mengambil sedikit keuntungan dan menyalurkannya ke dalam aset lain untuk mempelbagaikan portfolion anda mungkin satu langkah yang bijak.
Akaun trading anda telah berkembang dan menjadi terlalu besar
Bunyinya seperti satu masalah yang baik, bukan? Kadangkala, adalah lebih bijak untuk mengeluarkan keuntungan untuk memastikan modal kerja dalam akaun trading anda tetap sama. Sebagai contoh, jika anda bermula dengan $1000 dan akaun anda kini $10,000, anda mungkin mahu mengeluarkan sejumlah keuntungan supaya anda boleh terus trade dengan modal permulaan $1000 dan anda tidak tergoda untuk membuka urusniaga yang terlalu besar.
Anda perlukan wang.
Yang ini jelas. Jika anda memerlukan keuntungan untuk sesuatu yang penting dalam kehidupan peribadi anda, jangan teragak-agak untuk mengeluarkannya. Intipati utama trading adalah untuk memperelok situasi kewangan anda, bukan untuk mengurung semua wang anda selama-lamanya.
Ingat, tiada jawapan yang sesuai untuk semua keadaan di sini. Sesetengah trader mengeluarkan keuntungan setiap bulan seolah-olah ia seperti gaji, sementara yang lain membiarkannya terus berkembang untuk tempoh yang lebih lama. Kami syorkan agar anda mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan bulanan anda, walaupun hanya $10. Mengecapi keuntungan yang anda raih adalah sangat penting untuk memastikan emosi anda terus termotivasi.
Dan begitulah — anda telah melengkapkan pelajaran terakhir anda! Seharusnya sekarang anda berasa lebih yakin dalam menguruskan risiko, membina strategi, dan berurusniaga. Trading ibarat maraton, bukan acara pecut, jadi teruskan belajar, bersabar, dan lihat kemahiran — dan akaun anda — berkembang dari masa ke masa.