FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

16 Mei 2025

Strategi

Trading Mengikut Trend vs Melawan Trend

Trading Mengikut Trend vs Melawan Trend

Salah satu prinsip adalam analisis teknikal adalah harga bergerak dalam trend. Setiap trend terdiri daripada tempoh-tempoh bilamana harga bergerak mengikut arah trend ini, dan tempoh-tempoh pembetulan melawan trend yang lebih singkat.

Strategi-strategi mengikut trend menganjurkan trader membuka posisi mengikut arah trend utama; mereka perlu membeli dalam trend menaik dan menjual dalam trend menurun. Masa yang terbaik untuk memasuki pasaran menggunakan pendekatan ini adalah apabila pembetulan berakhir dan trend utama bersambung semula. “Buy low and sell high” adalah mantra kegemaran trader.

Para trader yang melawan trend tidak mahu menunggu pembetulan berlalu. Jika pasaran berada dalam trend menaik, mereka boleh menjual apabila harga menyongsang daripada suatu aras rintangan dan menetapkan sasaran berhampiran aras sokongan. Motivasi mereka ialah harga tersebut sudah pun terlalu tinggi, jadi ia pasti akan turun, sekurang-kurangnya untuk sekian waktu.

Adakah kedua-dua pendekatan ini datang dengan risiko yang sama? Yang mana satu menawarkan keuntungan yang lebih besar kepada para trader? Bahagian seterusnya menjawab soalan-soalan ini.

Trend mengikut trend

Trading mengikut trend ialah satu percubaan untuk meraih keuntungan dengan menganalisis momentum suatu aset dalam arah tertentu. Apabila harga bergerak dalam satu arah yang umum, seperti naik atau turun, ia dipanggil trend.

Trader yang mengikut trend membuka posisi long apabila aset sedang dalam trend menaik. Paras terendah yang lebih tinggi dan paras tertinggi yang lebih tinggi adalah ciri-ciri trend yang sedang menaik. Begitulah juga, trader yang mengikut trend boleh membuka posisi short apabila aset bergerak turun. Paras rendah yang lebih rendah dan paras tinggi yang lebih rendah adalah ciri-ciri trend menurun.

Strategi-strategi trading mengikut trend mengandaikan bahawa aset akan terus bergerak dalam arah yang sama seperti pada masa itu. Strategi sedemikian selalunya menerapkan penetapan ambilan untung (take profit) atau renti rugi (stop loss) untuk mengunci keuntungan atau mengelakkan kerugian besar jika berlaku penyongsangan trend. Trading mengikut trend diamalkan oleh trader jangka pendek, sederhana dan panjang.

Kebanyakan trader boleh mengenal pasti trend semasa. Yang sukarnya adalah untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan mengenainya. Mari kita teruskan dengan contoh trend menaik (uptrend). Trading mengikut trend mengandaikan bahawa anda akan membeli pada aras sokongan atau apabila berlaku penembusan aras rintangan. Dalam kes pertama, anda akan menggunakan instrumen seperti garisan trend dan pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracement). Dalam kes kedua, anda boleh menggunakan pola carta penerusan trend seperti segi tiga (triangles), bendera (flags) dan baji (wedges).

image_1.jpg

Sesetengah trader akan membeli di Titik 1 (sokongan garisan trend dan aras pengunduran Fibonacci), atau Titik 2 (pola Bendera), dan sesetengahnya akan menunggu Titik 3 (penembusan ke sebelah atas harga tertinggi sebelumnya). Sudah tentu, lebih rendah harga ketika anda membeli, lebih besar potensi keuntungan anda.

Ambilan Untung (Take Profit)

Anda boleh menetapkan sasaran keuntungan anda pada paras tertinggi trend menaik sebelumnya (paras terendah bagi trend menurun) atau tahap-tahap seterusnya jika anda lebih yakin dengan urusniaga anda.

Renti Rugi

Sila maklum bahawa apabila anda menumpang arus trend, anda boleh menggunakan trailing stop yang mengikuti trend tersebut. Namun, anda perlu berjaga-jaga kerana adakalanya tidak mudah untuk menentukan ke mana suatu renti rugi itu hendak dipindahkan. Pembetulan yang lebih dalam berisko berlaku dan ini akan membuatkan pasaran melanggar renti rugi dan menutup pesanan anda.

Pembesaran Posisi (Scaling in)

Anda boleh membesarkan posisi ketika mengikuti trend jika pasaran telah bergerak memihak kepada anda dan urusniaga anda telah menjadi menguntungkan. Dengan cara ini potensi keuntungan anda akan meningkat. Jika anda melakukan ini, jangan lupa untuk menyesuaikan pengurusan risiko anda. Anda juga boleh merancang untuk bermula dengan urusniaga yang lebih kecil daripada biasa (contohnya, beli pada Titik 1) dan kemudian menaikkannya apabila harga sudah melepasi Titik 2. Taktik ini akan mengurangkan risiko anda.

Trading melawan trend

Trading melawan trend adalah aktiviti mengambil kesempatan daripada pembetulan harga aset melawan arah trend utama. Secara mudahnya, apabila pasaran berada dalam trend menaik dan kemudian mengundur, pengunduran ke bawah ini dipanggil countertrend (melawan trend) kerana ia bertentangan dengan arah trend umum pasaran.

Strategi trading melawan trend adalah percubaan untuk membuat keuntungan kecil dengan membuka urusniaga melawan trend utama. Trading melawan trend adalah satu bentuk perdagangan swing yang menganggap bahawa trend pasaran semasa akan mengalami penyongsangan atau pengunduran dan kemudian cuba untuk membuat keuntungan daripada pengunduran apabila trend pendasar bersambung kembali. Strategi ini adalah strategi jangka sederhana, di mana posisi dikekalkan selama beberapa hari atau beberapa minggu.

Sesetengah trader yang menggunakan strategi ini untuk mengaut keuntungan menggunakan pengunduran (pullback) sambil mengekalkan posisi utama mereka dalam arah trend tersebut. Strategi-strategi melawan trend menggunakan indikator-indikator momentum, aras sokongan dan rintangan serta pola-pola candlestick untuk mengenal pasti lokasi yang berpotensi dijadikan poin masuk. Walau bagaimanapun, trader yang menggunakan kaedah ini perlu bersedia untuk menyambung kembali trend semasa pada bila-bila masa tanpa amaran. Justeru itu, apabila anda trade dengan strategi ini, teknik pengurusan risiko yang betul seperti pesanan renti rugi dan saiz posisi minimum harus digunakan untuk mengehadkan kerugian.

Para trader yang menggunakan pendekatan ini mengambil petunjuk daripada pola candlestick penyongsangan (pin bar, evening star, morning star, dsb.). Mereka juga menggunakan osilator-osilator seperti MACD atau RSI untuk melihat sama ada pasaran telah terlebih beli/terlebih jual dan sama ada terdapat capahan (divergence) antara harga dan indikator. Jika tanda-tanda ini ada, trader akan membuka pesanan yang berlawanan arah dengan trend sebelumnya.

image_2.jpg

Trader boleh memutuskan untuk menjual di Titik 1 apabila harga membentuk candlestick dengan bayang yang panjang (petanda yang negatif) dan indikator MACD tidak mengesahkan harga tertinggi.

Ambilan Untung (Take Profit)

Adalah lebih sukar untuk mencari tempat untuk memuktamadkan keuntungan apabila anda trade melawan trend. Cabarannya ialah untuk menahan diri daripada terlalu tamak. Ingatlah bahawa anda sedang bertaruh melawan pasaran. Sesetengah trend boleh bertukar menjadi pasaran mendatar yang mengehadkan keuntungan bagi posisi melawan trend. Trend asal juga boleh bersambung semula dengan pantas dan tidak membiarkan harga membetul terlalu banyak. Berhati-hati dan kawal risiko anda.

Renti Rugi (Stop Loss)

Lokasi untuk pesanan Renti Rugi dalam urusniaga sedemikian adalah jelas dan nyata. Para trader meletakkan Renti Rugi mereka di belakang titik ektstrim harga iaitu lokasi di mana pembetulan bermula. Renti Rugi mungkin lebih kecil daripada yang anda akan gunakan jika anda trade dengan trend utama.

Pembesaran Posisi (Scaling in)

Ia bukan idea yang baik untuk mengusik saiz posisi anda apabila anda sedang trading melawan trend. Tempoh masa urusniaga tersebut mungkin sangat pendek, oleh itu anda berisiko untuk berada dalam situasi yang tidak selesa jika anda cuba membesarkan saiz urusniaga. Dan jangan besarkan posisi yang rugi kerana ia boleh menyebabkan kerugian yang lebih besar.

Dalam video baharu kami, kami akan membincangkan tentang trading mengikut trend dan trading melawan trend dengan lebih tepat.

Kesimpulan

Kedua-dua pendekatan trading di atas mempunyai ciri-ciri khusus. Kedua-duanya boleh menjana signal-signal trading yang baik, tetapi masing-masing memerlukan strategi pengurusan risikonya yang tersendiri. Hikmah bagi para trader ialah perdagangan melawan trend memerlukan lebih banyak pengalaman, jadi pemula harus bermula dengan mengikut arah trend. Cuba praktikkan dan lihat kaedah mana yang sesuai untuk anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.